Pada hari Sabtu, Bandar Seri Begawan dicerahkan dengan ratusan pesawat terbang tanpa pemandu, juga dikenali sebagai Dron yang dikendalikan oleh GallopAir. Beraneka lampu - lampu cucul dengan pertunjukkan rekaan menarik pada malam itu, seperti Masjid Omar Ali Saifuddien, kalimah ayat suci Al - Quran, tanda kenangan Daerah Temburong, iaitu Permata Hijau, logo Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam ke 40 tahun, simbol nombor 40, Jambatan Sultan Haji Omar Ali Saifuddien, Burung Helang, mascot sukan Negara, iaitu Awang Budiman, tugu Daerah Belait, iaitu Tea - Pot Roundabout, Pump Minyak Angguk Keldai (Nodding Donkey Oil Pump) dan banyak lagi.
Pertunjukkan Rekaan Dron itu juga dimeriahkan dengan persembahan bunga api. Pertunjukkan Lampu Cahaya Dron dan Persembahan Bunga Api itu diadakan bersempena Sambutan Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam ke 40 Tahun, dan diadakan di Taman Mahkota Jubli Emas, Bandar Seri Begawan. Acara ini juga turut disokong bersama Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan.
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.