Search This Blog

Tingkat Kesedaran Kesihatan dan Pengurusan Kebersihan Haid

Pink Project, penganjur "Sebarkan PINK: Mari Berbicara!" telah diadakan baru - baru ini di Hab Belia (Youth Hub), Stadium Negara H...

Monday, 22 April 2024

Tingkat Kesedaran Kesihatan dan Pengurusan Kebersihan Haid

Pink Project, penganjur "Sebarkan PINK: Mari Berbicara!" telah diadakan baru - baru ini di Hab Belia (Youth Hub), Stadium Negara Hassanal Bolkiah. Pink Project adalah insiatif yang inovatif, bertujuan untuk meningkatkan Kesedaran Kesihatan Haid dan Pengurusan Kebersihan terhadap komuniti di negara ini.


Naizatul Hikmah Abdullmalek, Pengurus Projek PINK Projek menyampaikan cenderahati kepada tetamu kehormat, Yang Mulia Dr Ernina Nisdzarinah binti Haji Abdul Rani, Pemangku Ketua Pusat Promosi Kesihatan (HPC)


PINK Project yang dirasmikan oleh Yang Mulia Dr Ernina Nisdzarinah Binti Haji Abdul Rani, Pemangku Ketua Pusat Promosi Kesihatan (HPC), Kementerian Kesihatan bersama Yang Mulia Naizatul Hikmah Abdullmalek, Pengurus Projek PINK Project dan jemputan - jemputan khas. Imej Kredit: PINK Project

Selain itu, ianya komited untuk memecahkan stigma kedatangan Haid dan memupuk perkongsian untuk menangani cabaran Kesihatan Haid dengan berkesan. Hadir bagi merasmikan acara ini ialah Yang Mulia Dr Ernina Nisdzarinah binti Haji Abdul Rani, Pemangku Ketua Pusat Promosi Kesihatan (HPC), Kementerian Kesihatan. Juga hadir ialah wakil - wakil dari Green Brunei, pelajar - pelajar lulusan Ijazah Sarjana Pengurusan (Masters of Management), Universiti Brunei Darussalam, ahli jawatankuasa dan sukarelawan - sukarelawan. 

Acara dimulakan dengan ucapan alu - aluan oleh Yang Mulia Naizatul Hikmah Abdullmalek, Pengurus Projek PINK Project. Manakala, Dr Hjh Norreffaeraini Hj Emran dari Kementerian Kesihatan menyampaikan ucaptama, mengenai wacana pencerahan tentang Kesihatan dan Kebersihan Haid. Acara ini turut menampilkan perbincangan panel yang di dahului oleh penceramah - penceramah yang dihormati; Trish Lai dari Kaimana Living, Kamaliah @ Norjannah binti Kamalrulzaman dari ProjekFEED, Siti Zaimah Roslan dari Bleed Safely dan Dr Khadizah binti Haji Abdul Mumin dari Institut Sains Kesihatan, Universiti Brunei Darussalam (UBD). Selain itu, perbincangan pandangan dari Atlet - Atlet Negara; Anisah Najihah dan Liyana Sidek menekankan kepentingan Kesihatan Haid dalam Sukan. 



Suasana ketika PINK Project diadakan baru - baru ini di Hab Belia (Youth Hub), 
Stadium Negara Hassanal Bolkiah

Para hadirin juga turut menyertai pelbagai bengkel, ini termasuk Kelas Pilates dari Embrace Pilates dan expresi kreatif Batik Canvas dan Hiasan Kek Cawan, difasilitasi oleh Whyte Studio. Luahan Kopi dan The Bridge Cafe turut menambah keceriaan suasana acara, dengan menawarkan Kopi dan hidangan manis mereka.

PINK Project, usaha kerjasama bersama Pasukan Projek dari BIBD-SDG Sustainability Youth Award dan pelajar - pelajar lulusan Ijazah Sarjana Pengurusan (Masters of Management), Universiti Brunei Darussalam. PINK Project ini turut disokong pemegang kepentingan utama (key stakeholders); Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, Sekretariat Sustainable Development Goals (SDG), Brunei Darussalam, Bank Islam Brunei Darussalam (BIBD), UBDSBE, Pusat Promosi Kesihatan (HPC) dan Bleed Safely. 

Untuk lebih lanjut mengenai PINK Project, boleh layari Instagram: @pinkproject.bn

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.