Search This Blog

Tingkat Kesedaran Kesihatan dan Pengurusan Kebersihan Haid

Pink Project, penganjur "Sebarkan PINK: Mari Berbicara!" telah diadakan baru - baru ini di Hab Belia (Youth Hub), Stadium Negara H...

Saturday, 24 February 2024

Lakuh 2024 - Inspirasi Seni dan Kreativiti

Dalam mempelajari, meneroka rasa ingin tahu, kreativiti dan mencari pengalaman empati yang bermakna, dan memberi inspirasi kepada perubahan sosial ke arah seni, The Curious Playground menganjurkan Pameran Seni Antarabangsa dan Pengalaman Kreatif, "Lakuh 2024."



Beberapa lukisan yang dipamerkan di Pameran Lakuh 2024
 

Seramai 34 peserta rantau ASEAN menyertai pameran ini. Antara negara tersebut ialah Negara Brunei Darussalam, Malaysia, Indonesia, Thailand, Vietnam, Singapura dan Filipina. Sedang berlangsung di Hab Tenaga Brunei, Dermaga Diraja, Bandar Seri Begawan, pameran itu turut menampilkan ceramah panel artis dan aktiviti komuniti seni dan kedai seni bagi mereka yang ingin mendapatkan bekalan seni mereka.

Lakuh 2024 akan berakhir pada hari Rabu ini, 28 Februari 2024. Dibukakan kepada kunjungan orang awam, setiap hari bermula pada jam 9.00 pagi sehingga 5.00 petang. Lakuh 2024 disokong oleh Jabatan Muzium - Muzium, Tenaga Hab Brunei, Dermaga Diraja dan Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan. 

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.