Search This Blog

Tingkat Kesedaran Kesihatan dan Pengurusan Kebersihan Haid

Pink Project, penganjur "Sebarkan PINK: Mari Berbicara!" telah diadakan baru - baru ini di Hab Belia (Youth Hub), Stadium Negara H...

Saturday, 24 February 2024

Bersatu Mencapai Cita Negara - Tema Sambutan Hari Kebangsaan NBD Ke 40 Tahun

Dengan tema "Bersatu Mencapai Cita Negara," Negara Brunei Darussalam pada hari ini telah meraikkan acara kemuncak, Sambutan Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam ke 40 Tahun di Stadium Negara Hassanal Bolkiah. Berangkat hadir pada upacara itu ialah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Muizzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di - Pertuan Negara Brunei Darussalam. Turut hadir ialah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Saleha dan ahli - ahli kerabat diraja yang lain.


Suasana Upacara Sambutan Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam ke 40 Tahun

Upacara pada hari ini turut dimeriahkan dengan perbarisan lalu, terdiri daripada pembawa bendera besar Negara Brunei Darussalam, kumpulan pembaca ikrar, pasukan beruniform, dan sektor kerajaan dan sektor swasta, dan sektor pendidikan dan persatuan - persatuan di Negara ini.

Manakala, persembahan padang yang melibatkan sebanyak 25,000 penuntut dan warga Perkhidmatan Awam. Melibatkan sebanyak 3 persembahan padang; Cita Bangsa Sejarah Terukir, Bersatu Mempertahankan Bangsa dan Bersatu Mencapai Cita Negara.  

Waiters Kini di Times Cineplex

Berkisarkan sekumpulan pelayan - pelayan di sebuah Restoran dengan keaslian dan budaya masing - masing, Waiters, iaitu hasil karya arahan Adam Groves dari Visual Dimension Production telah melancarkan tayangan perdana mereka kelmarin di Times Cineplex, Times Square Shopping Centre.


Adam Groves, Penerbit filem Waiters ketika Sesi Sidang Media semasa Majlis Pelancaran Filem Waiters di Times Cineplex, Times Square Shopping Centre

Waiters kini juga boleh di tonton ketiga - tiga cawangan Times Cineplex, iaitu Times Cineplex, Times Square Shopping Centre, Times Cineplex, Berjaya Complex, Kampung Petani, Tutong dan Times Cineplex, KB Sentral Shopping Centre, Jalan Pandan 5, Kuala Belait.

Filem itu juga turut diusahakan bersama AJ Film Production.  

Lakuh 2024 - Inspirasi Seni dan Kreativiti

Dalam mempelajari, meneroka rasa ingin tahu, kreativiti dan mencari pengalaman empati yang bermakna, dan memberi inspirasi kepada perubahan sosial ke arah seni, The Curious Playground menganjurkan Pameran Seni Antarabangsa dan Pengalaman Kreatif, "Lakuh 2024."



Beberapa lukisan yang dipamerkan di Pameran Lakuh 2024
 

Seramai 34 peserta rantau ASEAN menyertai pameran ini. Antara negara tersebut ialah Negara Brunei Darussalam, Malaysia, Indonesia, Thailand, Vietnam, Singapura dan Filipina. Sedang berlangsung di Hab Tenaga Brunei, Dermaga Diraja, Bandar Seri Begawan, pameran itu turut menampilkan ceramah panel artis dan aktiviti komuniti seni dan kedai seni bagi mereka yang ingin mendapatkan bekalan seni mereka.

Lakuh 2024 akan berakhir pada hari Rabu ini, 28 Februari 2024. Dibukakan kepada kunjungan orang awam, setiap hari bermula pada jam 9.00 pagi sehingga 5.00 petang. Lakuh 2024 disokong oleh Jabatan Muzium - Muzium, Tenaga Hab Brunei, Dermaga Diraja dan Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan. 

GSMJ Meriahkan Masjid Dengan Kempen GSMJ

Bagi menambah betapa berkahnya menunaikan Sembahyang Fardhu Subuh di Masjid, Komunit Geng Subuh Macam Juma'at (GSMJ) telah mengadakan kempen, Geng Subuh Macam Juma'at di Masjid Suri Seri Begawan Raja Pengiran Anak Damit, Kampung Manggis / Madang baru - baru ini.

Imej Kredit: Komuniti GSMJ

Pada hari itu juga turut diadakan tazkirah Subuh yang bertajuk "Jika Boleh Berkumpul Kerana Dunia, Pasti Boleh Berkumpul Kerana Akhirat" oleh penceramah jemputan, Ustaz Harapandi Dahri.

Ketika ditemuramah, salah seorang ahli jawatankuasa GSMJ berkata di mana pada asasnya mereka tertarik dengan satu post di media sosial selebriti di Negara Malaysia, Alif Satar, di mana beliau memuat naik kempen yang diadakan oleh beliau melalui media sosialnya. Di samping itu, GSMJ juga ingin menyebarkan lagi faedah penting kepada masyarakat dan jemaah - jemaah bagi bersama - sama dalam menunaikan di Masjid dan Balai Ibadat lainnya di negara ini. 

Pada masa ini, kempen itu telah dilanjutkan dan mendapat sambutan di ketiga - tiga daerah di negara ini: Daerah Brunei dan Muara, Daerah Tutong dan Daerah Belait. 

Wednesday, 21 February 2024

About Us

A blog / video blog which focused on Lifestyle, Foodie and Travel content. With our tagline, "Untouchable, Cool & Happening," our media crew will bring a story in an up-to-date and unique style!

Need to boost your Event, Products and Services via Social Media Marketing and Video Production? 

Let's share! and collaborate with us now

Email add: shazylifestyler@gmail.com