Search This Blog

Tingkat Kesedaran Kesihatan dan Pengurusan Kebersihan Haid

Pink Project, penganjur "Sebarkan PINK: Mari Berbicara!" telah diadakan baru - baru ini di Hab Belia (Youth Hub), Stadium Negara H...

Monday, 22 April 2024

Tingkat Kesedaran Kesihatan dan Pengurusan Kebersihan Haid

Pink Project, penganjur "Sebarkan PINK: Mari Berbicara!" telah diadakan baru - baru ini di Hab Belia (Youth Hub), Stadium Negara Hassanal Bolkiah. Pink Project adalah insiatif yang inovatif, bertujuan untuk meningkatkan Kesedaran Kesihatan Haid dan Pengurusan Kebersihan terhadap komuniti di negara ini.


Naizatul Hikmah Abdullmalek, Pengurus Projek PINK Projek menyampaikan cenderahati kepada tetamu kehormat, Yang Mulia Dr Ernina Nisdzarinah binti Haji Abdul Rani, Pemangku Ketua Pusat Promosi Kesihatan (HPC)


PINK Project yang dirasmikan oleh Yang Mulia Dr Ernina Nisdzarinah Binti Haji Abdul Rani, Pemangku Ketua Pusat Promosi Kesihatan (HPC), Kementerian Kesihatan bersama Yang Mulia Naizatul Hikmah Abdullmalek, Pengurus Projek PINK Project dan jemputan - jemputan khas. Imej Kredit: PINK Project

Selain itu, ianya komited untuk memecahkan stigma kedatangan Haid dan memupuk perkongsian untuk menangani cabaran Kesihatan Haid dengan berkesan. Hadir bagi merasmikan acara ini ialah Yang Mulia Dr Ernina Nisdzarinah binti Haji Abdul Rani, Pemangku Ketua Pusat Promosi Kesihatan (HPC), Kementerian Kesihatan. Juga hadir ialah wakil - wakil dari Green Brunei, pelajar - pelajar lulusan Ijazah Sarjana Pengurusan (Masters of Management), Universiti Brunei Darussalam, ahli jawatankuasa dan sukarelawan - sukarelawan. 

Acara dimulakan dengan ucapan alu - aluan oleh Yang Mulia Naizatul Hikmah Abdullmalek, Pengurus Projek PINK Project. Manakala, Dr Hjh Norreffaeraini Hj Emran dari Kementerian Kesihatan menyampaikan ucaptama, mengenai wacana pencerahan tentang Kesihatan dan Kebersihan Haid. Acara ini turut menampilkan perbincangan panel yang di dahului oleh penceramah - penceramah yang dihormati; Trish Lai dari Kaimana Living, Kamaliah @ Norjannah binti Kamalrulzaman dari ProjekFEED, Siti Zaimah Roslan dari Bleed Safely dan Dr Khadizah binti Haji Abdul Mumin dari Institut Sains Kesihatan, Universiti Brunei Darussalam (UBD). Selain itu, perbincangan pandangan dari Atlet - Atlet Negara; Anisah Najihah dan Liyana Sidek menekankan kepentingan Kesihatan Haid dalam Sukan. 



Suasana ketika PINK Project diadakan baru - baru ini di Hab Belia (Youth Hub), 
Stadium Negara Hassanal Bolkiah

Para hadirin juga turut menyertai pelbagai bengkel, ini termasuk Kelas Pilates dari Embrace Pilates dan expresi kreatif Batik Canvas dan Hiasan Kek Cawan, difasilitasi oleh Whyte Studio. Luahan Kopi dan The Bridge Cafe turut menambah keceriaan suasana acara, dengan menawarkan Kopi dan hidangan manis mereka.

PINK Project, usaha kerjasama bersama Pasukan Projek dari BIBD-SDG Sustainability Youth Award dan pelajar - pelajar lulusan Ijazah Sarjana Pengurusan (Masters of Management), Universiti Brunei Darussalam. PINK Project ini turut disokong pemegang kepentingan utama (key stakeholders); Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, Sekretariat Sustainable Development Goals (SDG), Brunei Darussalam, Bank Islam Brunei Darussalam (BIBD), UBDSBE, Pusat Promosi Kesihatan (HPC) dan Bleed Safely. 

Untuk lebih lanjut mengenai PINK Project, boleh layari Instagram: @pinkproject.bn

Monday, 1 April 2024

Jelajah Ramadhan Projek Bina Ukhwah 2024

Projek Bina Ukhwah pada hari ini telah melanjutkan sumbangan derma mereka ke Daerah Temburong. Acara bermula pada pagi kelmarin di Pusat Hab Belia (Youth Hub Centre), Stadium Negara Hassanal Bolkiah.



Barangan harian asasi dan sukarelawan - sukarelawan Projek Bina Ukhwah 

Sebelum bertolak ke Daerah Temburong, bacaan Doa dan penerangan ringkas telah diadakan. Di kenali sebagai Jelajah Ramadhan 2024, mereka sebelum ini turut mengadakan Ramadhan Basket, di mana ianya bertujuan sebagai inisiatif kepada kesedaran awam, dengan berkolaborasi dengan beberapa gedung - gedung dan pasaraya - pasaraya tempatan di Negara ini, untuk orang awam "Membeli sambil Menderma".

Ramadhan Basket ini boleh di dapati di Orbit Supermarket (Salambigar), Fayzee Department Store (Salambigar dan Tutong), NurBismi Lambak Kiri, One Station Supermarket (Mentiri dan Kiulap), NurMuhammad Asli Enterprise (Mentiri), Toku Tokuya (Ban 3 dan Times Square), Gaya Abadi Enterprise (Lumapas), Atlanta Supermarket (Katimahar), De Rimba Department Store, TM Majeed Supermarket (Kilanas), ABC Fresh (Al-Barakah Company - Mabohai), Fatah Supermarket (Mabohai), Syarikat Labisah (Tungku).

Ramadhan Basket ini akan dilanjutkan sehingga 3 April 2024. 

Sunday, 10 March 2024

Rekaan Dron Meriahkan Bandar Seri Begawan

Pada hari Sabtu, Bandar Seri Begawan dicerahkan dengan ratusan pesawat terbang tanpa pemandu, juga dikenali sebagai Dron yang dikendalikan oleh GallopAir. Beraneka lampu - lampu cucul dengan pertunjukkan rekaan menarik pada malam itu, seperti Masjid Omar Ali Saifuddien, kalimah ayat suci Al - Quran, tanda kenangan Daerah Temburong, iaitu Permata Hijau, logo Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam ke 40 tahun, simbol nombor 40, Jambatan Sultan Haji Omar Ali Saifuddien, Burung Helang, mascot sukan Negara, iaitu Awang Budiman, tugu Daerah Belait, iaitu Tea - Pot Roundabout, Pump Minyak Angguk Keldai (Nodding Donkey Oil Pump) dan banyak lagi.





Di antara gambaran - gambaran rekaan dron dan bunga api 

Pertunjukkan Rekaan Dron itu juga dimeriahkan dengan persembahan bunga api. Pertunjukkan Lampu Cahaya Dron dan Persembahan Bunga Api itu diadakan bersempena Sambutan Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam ke 40 Tahun, dan diadakan di Taman Mahkota Jubli Emas, Bandar Seri Begawan. Acara ini juga turut disokong bersama Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan.